Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Author image

Ahm Ahmad

Inilah 4 Langkah Untuk Cetak Komik Sendiri


Salam,

Adalah satu kerugian bila komik atau lukisan yang dilukis hari-hari disimpan terperuk dalam dasar hardisk. Paling-paling pun ia di kongsi di alam maya dapat 100 like dan tersenyum puas. Adalah lebih manis sebenarnya kita jadikan artwork atau komik kita tu secara hardcopy. Dapat dipegang dan dibelai. Boleh juga jana pendapatan sikit-sikit. Kita makan nasik. Tak makan like.

Tiada publisher nak publish komik kita? Tiada masalah. Kita cetak sendiri!

Tutorial ni aku akan dedahkan secara ringkas tatacara untuk cetak komik sendiri.

1. Scan komik sekiranya dilukis secara manual.

Ini adalah langkah pertama yang agak penting. Semasa scan, pastikan resolution di setkan kepada 300dpi atau paling kurang 100dpi. Ini untuk memastikan artwork kita tak pecah (blur, tak sharp) bila disusun dan dicetak nanti. Scanner tiada spesifik. Asalkan ia boleh berfungsi untuk scan artwork dah cukup ok.

2. Susun komik.

Lebih mudah dan lebih power menggunakan Adobe InDesign. Terus siap-siap boleh setting page dan booklet. Tinggal masukkan artwork je. Di bawah ini ialah contoh artwork yang aku susun dalam InDesign. Jangan risau, InDesign sangat mesra pengguna. Bahkan lebih mesra dari jiran kita. 2-3 kali explore mesti dah faham cara guna dia. Basic yang perlu tahu ialah import artwork, susun page dan export pdf untuk print. Fungsi-fungsi lain boleh explore kalau banyak masa.




3. Cetakan

Cetakan ni boleh jadi kau cetak di kedai atau cetak sendiri berformat PDF. Terpulang pada bajet masing-masing. Tapi kalau ada bajet lebih, aku galakkan beli printer sendiri.

Kebaikan ada printer sendiri ni, kau boleh control jumlah print ikut sesuka hati. Biasanya cetakan bergantung kepada event mana kau nak jual. Kalau rasa-rasa sesetengah event tu crowdnya kurang sedikit, boleh la print sikit je. Dengan adanya printer sendiri, bila-bila masa je kau boleh print komik dan jual. Modal pun sekali je (modal printer. Modal toner berulang kali tapi jangkamasa agak lama). Kalau print kedai, selain melibatkan kos kau kena ikut waktu kedai.

Ada juga sesetengah komik menggunakan pendekatan photostat. Boleh juga. Kos pun agak murah, Tapi pastikan kualiti photostat tu. Ada yang terlalu kabur dan langsung tak kemas. Boleh menjejaskan penjualan.

Tips untuk beli printer sendiri ni, pastikan ada fungsi auto duplex. Fungsi ni membolehkan printer mencetak depan dan belakang kertas secara automatik. Mudah kau nak print booklet. Tak perlu terbalikkan kertas secara manual. Jenama yang ada fungsi auto duplex ni banyak. Kau cari la sendiri. Dan satu lagi kena ambil perhatian ialah toner. Kena maintain toner bila dah habis. Jadi, carilah yang tonernya agak murah. Untuk hitam putih dan 20 mukasurat bercetak, biasanya boleh print 70-80 buah komik zine untuk satu toner (bergantung kepada banyaknya warnya hitam komik kau). Oh ya. Cari juga yang boleh scan sekali. Senang cerita. Print boleh, scan pun boleh.


Contoh printer yang ada auto duplex dan scan. CANON MF 4820D.




4. Stapler

Stapler ni proses biasa je. Lepas print, kenalah stapler. Dalam proses ni aku gunakan stapler yang panjang tu. Tak tahu pulak apa nama spesifik dia. Boleh refer gambar di bawah. Kebaikan guna stapler ni dia boleh adjust untuk saiz A4. Jadi senang kau nak stapler tengah-tengah. Ada jual di kedai alatulis biasa. Tunjuk gambar di bawah dan katakan ‘Saya mahu seperti ini!’ pada tauke kedai.




Jadilah itulah serba sedikit dan secara ringkas dapat aku kongsikan sedikit cara untuk cetak komik zine sendiri. Ini adalah cara yang aku guna. Boleh ikut atau dibangkang. Tak kisah. Cara masing-masing.


Lepas print komik, boleh la mula menjual pada kawan-kawan terdekat dulu. Tengok muka dia. Bila dia tersenyum gembira, maka ia satu kejayaan bagi kau. Balik rumah print lagi banyak-banyak. Kali ni kau pulak tersenyum. Jual pada skala yang lebih besar lagi. Good luck dan selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment