Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Author image

Azarimy

Anda Tidak Perlu Daftarkannya, Copyright Adalah Automatik Tapi...


Salam all. Tadi aku sempat bermesyuarat dengan pegawai yang menyelia Intellectual Property (IP) seluruh UTM. So aku sempat bertanya beberapa perkara berkenaan copyright hasil kreatif, macam yg kita byk produce dlm group ni (Kami Pelukis Komik) serta hak2 kita sebagai pengkarya.

1. Copyright adalah automatik.

Ya. Sebaik sahaja kau produce sesuatu work tu, kau memiliki copyright terhadap hasil kerja tersebut tanpa perlu register apa2. Ini termaktub di bawah undang2 negara. Cuma ada syarat2 tertentu seperti ada tak ia melanggar hak orang lain dsbnya.

2. Isytihar hasil kerja tu kita punya segera.

Walaupun copyright tu automatik, tak bermakna kau mampu nak fight benda ni kat mahkamah. Banyak proses siasatan dan pembuktian perlu dilalui. Jadi bagi memudahkan kerja kau nak claim ownership (serta menyusahkan orang lain dari mencuri hasil kerja kau tu), maka benda paling hampeh kau boleh buat ialah tandatangan besar2 nama kau kat situ (rujuk item 3.)

Seeloknya, label kerja tu dengan format (c) . Contohnya, "Neelofa dan Aku" (c) 2018 Azari Mat Yasir.

Watermark dan sebarang tanda identifikasi unik karya tu kita punya adalah lebih baik. Tapi watermark ni buruk dan boleh merosakkan persepsi org yg melihat karya tersebut.

3. Identiti tandatangan / marking signature

Ada orang tak suka tandatangan, tapi dia letak logo atau rubberstamp. Ada yg letak nama pena atau nama kompeni. Tak apa. Semua boleh, asalkan kau boleh buktikan nama pena, logo atau label tu kau punya. Tu pasal menggunakan nama betul tu lebih baik, berbanding sesuatu yg sangat generik seperti "mangkuk hayun" atau "gadis-kawaii" atau "the_dude". Ini kerana sesapa pun boleh claim nama pena tu dia punya, lebih2 lagi kalau kau tak terkenal dan baru hasilkan 2-3 work under nama pena tu.

4. Bukti asli dan bertarikh

Kadang2 ada org tak puas hati dan still nak claim karya kita. Takpe. Kita ada bukti original work. Di sini skill manual macam sketch pensel, pen atau apa2 atas kertas amat kritikal. Bila orang dispute, dia kena buktikan dia ada hasil kerja original. Which is quite impossible since original ada pada kau, kan?

Well, itupun kalau kau simpan!

Zaman dulu2, semuorang buat kerja guna manual instead of digital. Oleh kerana susah nak rekodkan hasil kerja, maka timbullah method "kirimkan karya tersebut kpd diri sendiri guna sampul surat berdaftar". Bukti tarikh pada pos tersebut boleh digunakan di mahkamah.

Zaman sekarang? Tak payah dah. Ada banyak kes yg dimenangi di mana proses kerja atau krit yg diemel antara kita dan kawan/boss/lecturer etc dah cukup utk buktikan tarikh pada karya tersebut. Tapi kena guna emel yg diiktiraflah. Setakat ni, gmail dan yahoo boleh diterima.

Kalau kita upload ke laman yg ada mengutamakan ownership dan copyright individu, lagi bagus. Contohnya macam DeviantArt atau Photobucket. Orang boleh tengok artwork kita, dan pada masa yg sama kita boleh protect hak kita.

5. Hakmilik Copyright oleh kompeni tempat kerja

Walaupun copyright ni wujud secara automatik selepas kita produce work tu, tak semestinya kita adalah pemilik penuh copyright tersebut. Jangan freak out. Baca dulu :D.

Bila kau kerja dgn kompeni dan dibayar gaji mengikut kontrak dan sbgnya, kompeni ada hak terhadap apa2 yg kau hasilkan ketika waktu ofis atau mana2 tempat mengikut definasi kontrak. Kalau kau pakai laptop kompeni, kereta kompeni atau emel kompeni, diorang akan ada hak terhadap hasil kerja kau.

Maknanya, katalah kau kerja 7-eleven dan sambil menunggu pelanggan (waktu malam), kau melukis komik. Hujung tahun, kau publish. 7-eleven ada hak utk tuntut sebahagian keuntungan kerana kau hasilkan kerja dalam tempoh kau dibayar utk kerja dengan dia. Kalau kau tak setuju, dia boleh fight utk win keseluruhan copyright hasil kerja kau tu.

Ini yg berlaku terhadap kebanyakkan orang seni di Malaysia. Oleh kerana tak aware, mereka kehilangan rights terhadap one of their best works or masterpiece. Bukannya publisher or kompeni tu jahat, tapi memang dah termaktub dalam kontraknya macam tu. Ini sama dekat mana2 kompeni pun, termasuk badan kerajaan, di mana2 negara.

Tu pasal kerja sendiri lagi syok.

Tapi ada beauty sidenya. Macam aku, aku kerja dengan UTM. Katalah aku lukis apa2 ilustrasi dan share dalam Facebook, lepas tu orang curik dan buat t-shirt. Kalau aku buat sorang2, memang aku takkan mampu nak fight pencurik tu kat court.

However... jeng jeng jeng! UTM owns the copyright too! Pasal aku buat kerja kat studio UTM, pakai aircond/elektrik UTM, dalam waktu bekerja (walaupun informally). So all I need to do ialah inform abang besar di legal department UTM utk start proceeding utk fight for copyright aku. Agak2 penjual t-shirt tu sanggup tak nak fight UTM punya lawyers kat court? Baik surrender je lah :D.

Anyways, please be aware about this. Kalau taknak kompeni tu claim apa2 pada work tu, maka buatlah kat rumah, pakai komputer sendiri, emel sendiri, internet sendiri di hujung minggu!

6. Hakmilik Copyright oleh pasangan hidup

Kau gelak? Hahaha dia akan gelak lagi panjang dari kau. Percayalah. Pernah dengar Tuntutan Harta Sepencarian?

Wife (or husband) kau ada hak utk tuntut sebahagian dari harta yg kau hasilkan ketika bersama. Ini termasuklah artwork, design, ilustrasi, model, jalan cerita samada yg dah publish ataupun belum.

Ini lagi ganas, pasal yg belum publish pun dia boleh tuntut jugak. Lagi dahsyat kalau contohnya skrip tu kau hasilkan waktu bersama, pastu masa cerai masing2 tak terfikir nak tuntut (pasal dia duduk dalam harddisk somewhere). Fast forward 5 tahun, skrip kau dah jadi filem, menang Academy Award pertama dari Malaysia.

Esoknya lawyer dia datang tuntut hak. Mampus. :D

Maka jagalah pasangan masing2. Anak-anak, adik-beradik atau mak bapak pun takde hak macam tu. Diorang cuma boleh tuntut pusaka bila kau dah mati. Tapi wife? BBrrrrrr.... takut bro.


Views


No comments:

Post a Comment