Author image

Artzam



Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,

Perkenalkan, nama saya Artzam Founder laman website Matkomik - Komuniti Komik Online Malaysia. Di website Matkomik, anda boleh baca komik secara percuma 100% buatan anak Malaysia.

Saya percaya komik adalah untuk semua tidak kira usia dari kecil hingga ke dewasa. Walaupun ada pihak yang beranggapan komik hanyalah bahan bacaan picisan dek kerana isi kandungan sesetengah komik yang tidak sihat, tetapi saya tetap percaya setiap orang mempunyai kenangan yang manis dan mencuit hati sebagai pembaca komik. Betul tak?

Penghasilan komik bukanlah mudah, ia memakan masa yang panjang dan mempunyai pelbagai proses untuk mendapat hasil akhir. Walaupun seringkali dikecam dan dikritik kerana pekerjaan ini, kami masih tetap sayangkan bidang komik ini.

Untuk itu, laman Matkomik Learn diwujudkan. Ia adalah tempat pembelajaran online cara buat komik samada manual atau digital. Disini terdapat pelbagai sumber maklumat tentang bagaimana hendak dapatkan idea buat komik, susun atur komik, kesan khas komik dan juga cara menghantar komik ke penerbit juga dikongsikan.

Misi utama website agar dapat dijadikan sumber pembelajaran online komik yang terbesar serta berguna untuk masa sekarang dan generasi akan datang. Untuk itu, saya mengalu-alukan kepada pelukis komik untuk menjadi Penulis Bersama dengan berkongsi konten yang berkaitan komik diwebsite ini. Saya juga percaya dengan cara ini dapatlah bidang komik di Malaysia berkembang dengan pesat serta meningkatkan bidang ini ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

Anda boleh lakukannya dengan mengisi borang yang telah disediakan. Isi butiran yang dikehendaki. Perkongsian anda untuk kebaikkan bersama.

Wasalam.


No comments:

Post a Comment