Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Author image

Oren

5 Tips Untuk Berjaya Dalam Bidang Kreatif
#inspirasi


Nota Matkomik : Post ini adalah merujuk rancangan TV 2 Mandarin pada tahun 2016 iaitu Siri Karya Kreatif Oren, Pengilustrasi Digital. Adalah lebih baik ia dikongsikan bersama serta disimpan untuk rujukan generasi sekarang dan masa akan datang. Video penuh disertakan di akhir post.

Oren atau nama sebenarnya beliau Mokhzani Mohamed Ariff, merupakan seorang ilustrator digital sepenuh masa dan juga artis disebalik tabir penghasilan siri animasi 'The Amazing Awang Khenit'. Beliau juga adalah pelukis komik di Majalah Apo? dan Ujang.

Antara tip-tips beliau yang boleh saya ambil dari temubual tersebut adalah :

1. Jangan mengokong diri sendiri.

Saya masih menganggap diri saya belajar lagi. Saya tidak suka mengokong diri sendiri kepada sejenis teknik lukisan semata-mata. Saya gemar meneroka pelbagai cara untuk menguji diri sendiri dan melihat sejauh mana potensi saya sendiri sebagai seorang artis. Saya letakkan diri sendiri sebagai artis serba boleh dalam menghasilkan karya yang pelbagai.


2. Bermula dari bawah, sentiasa berusaha.

Berkat bakatnya dalam bidang lukisan, beliau telah diambil bekerja oleh sebuah majalah kartun. Walaupun bermula daripada bawah tetapi dia tak pernah bekerja sambil lewa. Malah bagi meningkatkan mutu kerjanya, dia juga telah menyambung pelajaran dalam bidang seni selama 4 tahun setelah berkerja selam 5 tahun. Setelah tamat pengajian, beliau telah menyambung kerjayanya dalam majalah kartun dan hasil karyanya telah menerima pengiktirafan.


Anugerah PEKOMIK 2012 : Oren memenangi Anugerah Pelukis Komik Terbaik

3. Stress, buntu tiada idea. Alihkan perhatian untuk menenangkan fikiran.

Kadangkala jika saya berasa tertekan dek kesuntukan masa sewaktu melakukan kerja ataupun tertekan kerana ketandusan idea, saya akan beralih kepada hobi saya kerana ia dapat membantu saya untuk menenangkan fikiran.

4. Keluarga adalah segalanya.

Saya perlu menggunakan masa yang ada, untuk berkerja dan juga bersama keluarga. Jadi pengurusan masa merupakan satu cabaran bagi saya. Saya perlu berdepan dengan batas waktu kerja dalam setiap dua minggu. Kadangkala idea juga boleh datang secara rawak sewaktu kita menghabiskan waktu dengan keluarga ataupun sewaktu menonton televisyen.

5. Jangan berkarya kerana duit. Minat dan keghairahan yang tinggi akan membawa kejayaan.

Apa yang penting sekali untuk berjaya dalam bidang kreatif ini ialah kita perlu mempunyai keghairahan dan minat mendalam dalam bidang kreatif. Memang perlu minat yang mendalam. Keghairahan inilah yang akan membawa kita menuju kejayaan. Jangan berhenti sekerat jalan, jangan mudah putus asa dan jangan berkarya kerana duit. Jika kita berkarya kerana minat dan keghairahan, duit akan menyusul dengan sendirinya.

Tonton video penuh rancangan ini:


Sumber gambar adalah dari FB Oren dan E-comic.

No comments:

Post a Comment