Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Author image

Prince Of Noob

Susun Atur Dialog Yang Betul


Biasa aku lihat ada pelukis komik terutama pelukis baru dan amatur yang membuat kesilapan kecil dalam meletak susun atur kedudukan/aturan posisi watak dan dialog dalam sebuah panel komik sehingga mengelirukan pembaca. Sebelum melukis watak di dalam panel komik terutama panel yang mempunyai lebih daripada satu watak yang sedang bercakap, adalah penting untuk kita pastikan siapa yang bercakap dulu dan siapa yang bercakap kemudian.

Bagi watak yang bercakap dahulu, kedudukan watak tersebut haruslah berada di sebelah kiri di dalam panel. Ini kerana kita membaca ayat Bahasa Melayu atau Inggeris secara normalnya dari kiri ke kanan. Oleh kerana buih dialog yang di sebelah kiri yang akan dibaca dahulu, maka pastikan kedudukan watak adalah betul agar kedudukan buih dialog yang perlu dimasukkan juga akan berada di posisi yang betul.

Begitu juga dengan buih dialog yang di sebelah atas di dalam sebuah panel akan di baca terlebih dahulu diikuti dengan dialog di bawah. Jangan letakkan buih dialog pertama di bawah dan buih dialog kedua di atas kerana ia boleh mengelirukan pembaca.

Dan jika dialog yang hendak dituturkan dalam sebuah panel itu agak panjang, pastikan panel tersebut mempunyai ruang kosong yang besarnya bersesuaian dengan panjang teks dialog tersebut agar buih dialog yang hendak dimasukkan tidak menindih sehingga menutupi lukisan di belakang dengan terlalu banyak terutamanya watak yang sedang menutur dialog tersebut.

Berikut adalah contoh susun atur kedudukan watak dan dialog dalam sebuah komik yang salah dan tidak sesuai:




Berikut pula adalah contoh susun atur kedudukan watak dan dialog yang betul:





No comments:

Post a Comment