Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Author image

Danial Haikal

Salah ker Meniru?




Salaam!

Tahu tak, jika anda mahu bermula melukis, salah satu cara paling mudah dan cepat untuk mengasah skil dan teknik adalah dengan meniru? Ya, meniru lukisan.

Meniru tu tak salah ke?

Meniru semasa peperiksaan MEMANG SALAH!

Tapi, kalau anda minat melukis dan tak tahu bagaimana untuk bermula atau buntu untuk hebatkan skil melukis, meniru lukisan adalah salah satu cara terbaik.

Caranya, pilih pelukis yang anda minat, cari lukisannya dan tirulah! Senang kan? Saya sendiri bermula dengan meniru pelbagai gaya lukisan pelukis yang saya minat. Bermula dengan Aie Sulong (Blues Untuk Aku) sehinggalah Hiro Mashima (Fairy Tail) dan Bryan Lee O'Malley (Scott Pilgrim).

Meniru pun kenalah buat betul-betul. Bukan ikut saja, kaji dan kenali gaya lukisan mereka. Apa yang membuatkan mereka unik? Bagaimana mereka mencipta strok sebegitu? Bagaimana mereka dapat hasilkan 'pose' dan 'angle' yang menarik? Banyak lagi.

Kenapa perlu meniru?

Kadang-kadang, untuk melukis kita perlukan inspirasi. Tetapi untuk permulaan, sukar mendapatkan idea apa yang mahu dilukis. Bila buntu, kita mudah putus asa. Jadi, untuk mengelakkan rasa kecewa tu, tirulah dahulu. Dari meniru, kita akan belajar dan yang penting, membantu kita untuk terus mahu melukis. Percayalah, sampai satu masa, kita akan berhenti meniru dan mula mencipta gaya lukisan sendiri.

SALAH jika meniru dan mengatakan itu hasil karya kita. Malah, orang lain pun tahu jika itu bukan lukisan kita. Jangan sesekali buat begitu. Malu dapat, dosa pun dapat sebab menipu. Ish ish ishh..

Teknik meniru hanya digunakan sebagai latihan dan mengkaji gaya lukisan seseorang. INGAT, ini sebagai permulaan dan untuk membantu meningkatkan skil melukis. Apabila kita selesa, MENIRU akan berubah kepada MERUJUK. Apabila merujuk pula, kita akan lebih tertumpu kepada teknik yang lebih matang seperti postur watak, pergerakan, permainan sudut dan mungkin teknik mewarna.

Oh, waktu mula melukis dulu pun, orang selalu juga bandingkan lukisan saya dengan ramai pelukis. Biasalah, sebab ketika itu pun saya meniru lukisan mereka. Tapi bila lama-kelamaan timbul rasa tak puas hati dan saya mahu buat lukisan yang apabila dilihat, orang akan kata;

"Haa.. tengok pun tahu itu lukisan kau!"

Jadi, mulakan bertindak, jangan asyik berfikir kenapa lukisan tak bagus-bagus. Semuanya ada cara, cuma perlu digunakan dengan betul dan berhemah.

Dalam lukisan ini, saya pun meniru juga! Saya meniru gambar untuk bantu saya faham postur dan keseimbangan. Boleh teka ke siapa mereka tu?

Jangan lupa kongsi!


No comments:

Post a Comment