Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Author image

Nazry Salam

Cara Menjana Idea Power (Part 1)
Level : Beginner




Idea ibarat modal.

Sebelum mula berniaga, kita perlu ada modal. Tidak kisah modal kecil atau besar.

Sama juga, sebelum mula melukis komik, kita perlu ada idea.

“Saya mahu lukis komik, tetapi saya tiada idea. Bagaimana?”

Ada banyak cara untuk menjana idea. Di sini saya kongsikan Formula 5 K:

K #1: KITAB

‘Kitab’ merujuk pada buku. Banyakkan membaca buku. Jangan sekadar baca komik. Luaskan pembacaan. Bacalah buku sejarah, biografi, novel, falsafah, agama, dan lain-lain. Ilmu baru dapat merangsang akal dan seterusnya merembes idea.

K #2: KELUAR

Banyakkan pergi berjalan, mengembara, berjoging, mendaki bukit, melancong. Sekurang-kurangnya, kalau sudah diserang writer block, pergilah berjalan sebentar di taman permainan depan rumah. Duduk terperap menghadap meja tidak banyak membantu.

K #3: KAWAN

Berbual-bual dengan kawan dan orang asing. Dan lebih baik sekiranya dapat berbual-bual dengan orang tua. Mereka ada banyak pengalaman. Mana tahu, cerita dan pengalaman mereka dapat berikan cetusan idea.

K #4: KAJI

Buat kajian mendalam berkenaan sesebuah topik. Contoh, kita mahu buat komik superhero. Buat kajian tentang superhero. Kaji superhero luar dan tempatan. Senaraikan kuasa-kuasa yang sudah ada. Fikirkan kuasa yang belum ada. Dari situ kita boleh dapat idea dan keunikan untuk karya kita.

K #5: KURANGI

Ini penting. Kurangi layari media sosial. Perbuatan seperti membaca Facebook adalah consuming, sedangkan menjana idea adalah producing. Bagaimana kita boleh produce apabila otak kita sibuk consume?

Formula 5 K tidak 100% boleh bantu jana idea. Ia hanya cadangan. Lain orang, lain cara menjana idea. Apa-apa pun, kita manusia hanya mampu berusaha. Allah yang tentukan sama ada idea masuk ke dalam kepala kita atau tidak.

Sebab itu, kalau sudah cuba banyak cara tetapi masih tidak berjaya, cuba lakukan ini:

Solat hajat dua rakaat. Doa sungguh-sungguh minta idea power lagi bermanfaat. Moga Dia izinkan.

Sama-sama kita sebar manfaat menerusi komik.



No comments:

Post a Comment