Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Author image

Farish Ibnu Addin

6 Jenis Panel Komik Yang Perlu Anda Tahu
Level : Beginner


Komik ni ada macam-macam jenis. Semua komik-komik jenis ni merupakan keperluan genre masing-masing untuk dipersembahkan kepada pembaca.

#1 KOMIK CINTA


Komik cinta ni banyak main feeling-feeling yg ditunjukkan melalui background. Banyak bunga-bunga, bubble dan sebagainya. Dengan ini persembahan komik jadi lebih 'feel', ada soul orang kata.


#2 KOMIK AKSI


Komik aksi lebih banyak panel yang bersegi-segi bentuk panelnya. Bergantung kepada situasi komik. Sebab dlm sesebuah komik tu tak semestinya setaip masa watak-watak di dalamnya beraksi. Kadangkala mereka memakai panel-panel biasa mcm panel komik remaja hatta komik cinta sekalipun. Bahkan selalu juga guna style kotak2 simple macam western. Tapi secara general, komik aksi memerlukan persembahan yg lebih bertenaga drpd komik2 yg lain.


#3 KOMIK KANAK-KANAK


Panelnya lebih sedikit dan besar-besar, supaya karakter dan background dapat diperlihatkn dengan jelas untuk bacaan kanak-kanak. Mereka lebih suka melihat gambar daripada membaca banyak teks. Mereka mudah belajar daripada pembelajaran melalui gambar-rajah. Biasanya teks kurang, lukisan lebih.


#4 KOMIK REMAJA


Means komik yg biasa kita baca. Lebih banyak panel, dan banyak juga dialog dalam setiap mukasurat. Style komik aksi sesuai untuk kanak-kanak dan remaja, dan panel style komik remaja ini boleh masuk dalam kedua2nya.


#5 KOMIK STRIP


Komik ni mudah dihasilkan. Dengan lukisan yg simple pun boleh menyampaikan mesej. Tapi aku selalu jugak buat komik strip, agak mencabar sebab nak muatkan satu cerita dalam 4 kotak panel pun boleh tahan juga susahnya.


#6 KOMIK WESTERN / AMERIKA


Oleh kerana lukisan mereka pun jenis-jenis pegun dan nampak tebal dan kasar stailnya (berbeza dengan manga), maka panel pun perlu berstail 'pegun' juga. Hebatnya komik-komik western ni adalah mereka selalu mainkan panel dengan karakternya sekali. Mereka bijak bermain dengan posisi yang sesuai dengan setiap panel. Itu sekadar perhatian aku laa.. Tapi untuk manga, kalau stroke korang jenis manga yg cukup detail bolehlah menggunakan panel-panel macam ni. 


Yang penting, untuk bermain dengan panel, kita mesti bijak menggunakan ruang yang ada supaya lukisan nampak harmoni.


No comments:

Post a Comment